TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

RADIO KOBAT FM

Selasa, 20 Ogos 2019

SIAPA TIDAK IKHLAS, SIAPA BULI SIAPA?


Kamu buat status aibkan maruah orang, gelar org "sundal", maka atas itu orang buat report terhadap kamu. Tiada kaitan dgn kritikan kamu terhadap YB Fuziah di dalam isu Lynas, ok. Faham?

Berminggu status itu berlegar, kami perhatikan banyak komen yang menegur kamu dan tidak kurang juga yang turut bersama memaki, mencarut dan terus mengaibkan, dibiarkan di dalam FB kamu. Kamu tidak hiraukan teguran di dalam komen status kamu yg menasihati kamu agar guna perkataan yang baik. Menuduh YB Fuziah Salleh sebagai " Sundal" dan kaitkan maruahnya dengan Adun Dap, itu adalah satu ayat yang tidak harus keluar dari seorang yang kononnya dikatakan dulu penyokong kuat isu Lynas bersama YB Fuziah dan juga dikatakan pula seorang bekas wartawan. Begitukah caranya mengkritik seseorang dengan menggelarnya perempuan "sundal" atau "pelacur"? Apa perasaan YB Fuziah yang ketika isu ini hangat, berada di Tanah Suci Mekah bersama suaminya? Apa perasaan anak-anak, menantu dan ahli keluarganya?

Untuk pengetahuan, " Wallahi", YB Fuziah tidak pernah menyuruh jauh sekali mengupah kami untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun berkenaan. Beliau hanya tahu apabila kami telah bersedia untuk membuat laporan polis apabila kali terakhir kami periksa pemilik akaun berkenaan masih tidak memadamkan status jijik tersebut. Kami tidak meminta beliau campur tangan kerana kami tidak mahu ganggu beliau sedang menunaikan ibadah haji waktu itu.

Apa yang berlaku seterusnya? Pemilik akaun telah memadam status jijik tersebut sebaik sahaja diketahui report polis telah dibuat. Ertinya, teguran kawan-kawan di dalam FB tidak boleh menghentikan perbuatan jijiknya itu kecuali report polis. Maka, itu yang kami lakukan.

Seterusnya, telah berlaku perbincangan dua hala, antara pemegang akaun FB tersebut dengan YB Fuziah melalui WhatsApps. Permohonan maaf disiarkan di dalam akaun FB berkenaan sebelum itu. Aku pun turut dihubungi oleh beberapa kenalan untuk bincang isu ini. Isunya, minta kami tarik balik report.

Aku nak nyatakan bahawa kesalahan mamat ini adalah mengaibkan YB Fuziah secara peribadi. Dia telah mohon maaf, dan aku yakin bahawa YB Fuziah telah pun memaafkannya. Itu selesai. Yang masih tidak selesai adalah report polis. Harus diingat, YB Fuziah tidak buat report polis bahkan tidak mengarahkan kami pun untuk buat report polis. Tidak timbul isu YB Fuziah perlu tarik balik report kerana yang berhak menarik balik report adalah penama yang buat report itu.

Bagaimana kami mahu tarik balik report kerana sehingga kini kami tidak dihubungi oleh pemilik akaun berkenaan untuk berbincang? Bagaimana kami mahu yakin dengan keikhlasannya, apabila perbualannya dengan YB Fuziah melalui WhatsApp telah di"printscreen" dan diviralkan oleh rakan-rakannya? Satu perbuatan khianat dan tidak jujur apabila berbuat demikian. Apa tujuannya berbuat begitu?

Atas sebab itulah, kami menolak nasihat YB Fuziah selepas itu untuk kami tarik balik report. Bahkan, difahamkan esok lusa dan beberapa hari akan datang akan ada lagi report polis atas isu yang sama akan menyusul. Apakah kami membuli? Siapa buli siapa? Siapa khianat ?

Kamu yang mahu buli kami. Kamu hanya guna orang lain untuk berhubung dengan kami. Sepatutnya, hilangkan keegoan dan ikhlas untuk berunding, bukan dengan cara memperlekehkan kami. Sukar sangatkah untuk terus berhubung dengan kami? Kami bersedia untuk berunding dengan kamu, bukan dengan mereka yang tidak terlibat.

Itu kisahnya. Siapa yang membuli dan siapa yang tidak ikhlas? Lu fikir sendiri !!

BERKUBURNYA UTUSAN, MATILAH MELAYU.......



Ya Allah!! Utusan akan gulung tikar? Mulai esok Utusan tidak lagi dicetak?

Uwaaaaa....habislah ketuanan Melayu. Mati la melayu. Hampeh betul la PH ni, mereka bukan saja kuburkan Umno, dgn Utusan sebagai lidah syaitan berpuluh tahun ini pun dikuburkannya. Ini mesti Dap punya kerja sampai utusan tutup kedai.

Nasib baik ada Harakah yg hidup segan mati tak mahu, sbb pekerja2 mereka lambat bayar gaji atau tak bayar pun takpe, kerana itu jihad, kata olamak mereka. Ehehh...

Selasa, 13 Ogos 2019

KES SEMBURIT SELESAI LEPAS RAYA HAJI ?


Aku dulu yakin KPN yang baru ni, Datuk Hamid Bador memang cekap dan berani buat kerja. Bayangkan dia berani lawan Najib dulu atas prinsipnya menentang kleptokrasi. Keyakinan itu masih ada sampai sekarang tetapi bergantung kepada kesudahan siasatan kes atau skandal terlarang Video yang diviralkan iaitu video di Hotel di Sandakan. 

Kita diberitahu video itu tulen. Ketulenan video itu disahkan juga oleh pakar dari Indonesia yang dibawa untuk ujian oleh Lokman Adam. Aku tidak percaya apa yang Loman perkatakan tetapi aku tidak boleh tolak hasil ujian yang beliau bawa dari pakar Indonesia tersebut, apatah lagi ujian berkenaan bertepatan dengan ujian di negara ini seperti yang diberitahu oleh KPN kita. Ertinya, video itu memang tulen tanpa edit. 

Jika di Indonesa ianya mengesahkan bahawa Haziq dan Azmin adalah sepadan dengan pasangan di dalam video tesebut seperti kata Lokman Adam, aku tidak boleh terima kata-kata Lokman itu namun aku tidak pula menolak kepakaran pihak yang membuat ujian berkenaan. Tentunya aku lebih yakin jika pihak kita di Malaysia ini yang boleh mengesahkannya. Malangnya, ujian di Malaysia gagal menemukan siapa identiti yang menjadi pasangan Haziq. Jangan lupa, Haziq telah pun mengaku dan tidak perlu kita tunggu pengesahan ujian terhadapnya. Siapa pasangannya yang dikatakan mirip Azmin tersebut? 

Pihak polis berulangkali menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan jenayah. Kes semburit seperti yang didakwa telah berlaku ini merupakan satu kesalahan jenayah. Biarpun ada yang berkata ini soal politik dan konspirasi, namun sekiranya soal politik atau kononnya konspirasi itu betul berlaku, adakah ianya boleh menghalalkan jenayah dilakukan? 

Sekarang ini rakyat tertunggu-tunggu sampai bila kes ini boleh diselesaikan dan mereka yang terlibat iaitu pelakunya, perakam dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan? Beberapa orang telah dipanggil untuk siasatan dan ditahan beberapa hari termasuk Haziq. Farhash, pegawai Anwar juga turut ditahan beberapa hari. Pasangan Haziq yang dikatakan menyerupai Azmin itu masih bebas di luar sana. 

Di sinilah ujian terhadap tahap profesionalisma PDRM. Apakah PDRM di bawah Datuk Hamid Bador lebih berwibawa atau sama malahan lebih rendah dari sebelumnya? Kita tunggu dan lihat selama mana kes ini akan disiasat. 

mandor.blogspot.com

Isnin, 12 Ogos 2019

KALAU PRINSIP PARTI YANG KONONNYA SYARIE PUN LEBAI LANGGAR, TIDAK PELIK ADUN BESERAH MENGAKU DULU DIA JAHIL MENENTANG LYNAS


Adun Beserah, YB Andansura Rabu dari Pas berkata, beliau adalah di antara yg kuat menentang Lynas dulu, tapi skrg dah sedar Lynas tu baik. Itu pengakuan Adun Beserah. Itu hak dia, aku tak.pelik. Kalau prinsip parti yg lebih syarie pun parti Pas boleh pinda, setakat kilang Lynas ni benda kecik je.

Dulu Pas pegang prinsip lawan Umno itu jihad dan boleh mati syahid atas alasan Umno kekalkan peraturan Jahiliyyah. Umno.parti zalim, dan Islam melarang cenderung kpd kezaliman, kata lebai. Pas pun pernah kata, lebih baik bubar Pas daripada bersama Umno. Pas juga pernah berkata, pas kuat bersendirian kerana Allah ada boleh bantu Pas

Itu di antara prinsip2 syarie Pas dulu. Kalau itu pun Pas boleh langgar dan perbodohkan walaun2 dia, apa peliknya kalau Adun Beserah selamba saja mengaku dulu dia jahil isu Lynas? Tapi selepas berpeluk dengan Umno baru sedar Lynas itu suci lagi menyucikan? Aku cuma simpati saja dengan budak2 dia dulu yg bersungguh2 bersamanya melawan Lynas san bukan sedikit tenaga dan wang ringgit habis waktu itu. Malangnya, demi nak.peluk Umno, sanggup mereka dipermainkan.

Ahad, 11 Ogos 2019

ISU LYNAS - KALAU TUN M TUNDUK DENGAN LYNAS, BIAR FUZIAH "WANITA BESI" PAHANG BERDEPAN DENGAN MEREKA


ISU LYNAS - KALAU TUN M TUNDUK DENGAN LYNAS, BIAR FUZIAH "WANITA BESI" PAHANG BERDEPAN DENGAN MEREKA

Semalam, sekali lagi Tun M bercakap dengan menyatakan sokongan kepada Lynas iaitu satu projek yang diluluskan oleh kerajaan Najib dahulu tanpa cukai 12 tahun dan sisa kimianya negara ini makan, mereka kutip isi. Bersorak gempita puak-puak Umno kerana kerajaan PH yang dulunya berjuang menentang projek Lynas, tiba-tiba tunduk. Terima kasih mereka kepada bekas Presiden mereka itu.

Aku tidak tahu, adakah dasar atau prinsip PH yang berteraskan reform itu boleh mengawal seorang PM atau PM yang boleh ejas dasar dan prinsip PH sesuka hati. Sekali lagi menjadi penyebab mengapa ramai meminta Tun M tunaikan janjinya untuk melepaskan jawatan segera dan menyerahkan kepada Anwar. Tun M ternyata takut untuk bertindak walaupun dalam kenyataannya dia mengaku ada risiko kilang tersebut, tetapi sedikit. Atas alasan takut pelabur tidak datang ke Malaysia, maka kilang yang tidak membawa kebaikan kepada negara selain dari "sisa-sisa najis" itu terpaksa dipertahankan oleh Tun M.

Jika alasan pelaburan, maka Tun M kata elok kekalkan Lynas, saya rasa banyak.lagi tindakan kerajaan sekarang yang boleh menghalang pelabur masuk. Banyak isu boleh dikaitkan dengan masuk atau tidaknya pelabur. Boleh saja mereka jadikan isu Zakir Naik atau isu ekstremis kaum dan agama atau isu ekonomi yang belum pulih ini untuk dijadikan sebab mereka tidak datang melabur ke negara ini. Bahkan, ada pelabur yang mungkin tidak berminat masuk ke negara ini selagi Tun M jadi PM. Banyak faktor, jangan kaitkan dengan Lynas. Paling tidak, pelabur tahu kerajaan kita amat tegas dengan sebarang bentuk projek yang membawa kepada risiko keselamatan samada jangkamasa pendek atau panjang.

Umno kini telah membuka kepak mereka dengan mendakwa tindakan mereka dulu itu tepat. Ini angkara jawapan Tun M yang tidak pernah tahu perjuangan orang terdahulu di dalam isu ini. Najib mula berkokok. Cicak mengkarung di Kuantan pun sama. Ada cabaran mahu YB Fuziah berdebat, tetapi datangnya dari cicak mengkarung. Cabaran itu disahut oleh MP Kuantan itu dari Tanah Suci. Namun, Fuziah lebih suka "memberi penghormatan" kepada "tukang lulus lesen Lynas" dahulu iaitu PM rejim kleptokrasi, Najib. Fuziah bersedia untuk berdebat dengan Najib. Ketua Pemuda Umno yang mencabar Fuziah itu boleh bantu jaga parking nanti.

Tahniah Fuziah. Kalau Tun M rela ikut kata Najib dulu, biar saja Fuziah "wanita besi" Pahang ini berdepan dengan anak Pekan tersebut. Biar Tun M melutut, biar lebai-lebai yang dulunya baca semua dalil untuk melawan Lynas, kini setelah berkahwin dengan Umno, ada dalil lain pula untuk menghalalkan Lynas, biarkan mereka. Apa yang penting, kita tetap berpegang kepada prinsip. Selebihnya, serah kepada Kabinet pada pertengahan Ogos nanti samada ikut Tun M punya otak atau prinsip PH itu sendiri. Kami tidak akan salahkan YB Fuziah lagi kerana beliau telah lakukan apa yang termampu olehnya

AKHIRNYA ADUN BESERAH AKUI, DULU DIA TIDAK TAHU APA2 TENTANG LYNAS. DIA TAHU SELEPAS BERKAWAN DENGAN UMNO?


Adun Beserah pun akhirnya mengaku dulu dia tak tahu apa2 tentang Lynas dan dia pun ikut sama pengaruh budak2 dia melawan Lynas. Bukan sikit budak2 dia berkorban menentang Lynas dulu. Tapi kini, dia mengaku salah.

Bila dah bersama Umno, tak pelik kalau isu Lynas pun lebai jual, sdgkan ugama pun mereka jual. Syabas kpd para pejuang lynas, wlaupun kita dah jadi kerajaan, kita tak angguk semua yg kjaan buat dan kita tak jual prinsip seperti lebai. Kita kena byk bersabar menghadapi ujian selepas kemenangan ini.

Kita mahu lihat, berapa ramai menteri di dalam Kabinet nanti yang ada kekuatan dan kesedaran politik dan berani mempertahankan prinsip.

TOLAK LYNAS, PERTAHANKAN PRINSIP

Rabu, 7 Ogos 2019

KALAU KERAJAAN GAGAL TUTUP LYNAS, SATU PENGHINAAN KEPADA PEJUANG ANTI LYNAS


Semua tahu dan mesti terima hakikat bahawa sewaktu kita menjadi Pembangkang, kita telah menjalankan berbagai usaha agar kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana mudharatnya lebih banyak dari kebaikan untuk rakyat. Hakikat yang patut kita akui juga bahawa sewaktu kita melaksanakan kempen tersebut, Tun M dan beberapa Menteri yang sekarang ini cuba untuk mempertahankan Lynas, waktu itu mereka berada di dalam Umno dan masih bermazhab Umno.

Fakta yang tidak boleh menipu rakyat adalah kerajaan terdahulu bertanggungjawab meluluskan lesen operasi Lynas dengan beberapa perjanjian termasuk tanpa cukai selama 12 tahun. Kerajaan negeri Pahang di bawah Umno/Bn turut memberikan kerjasama dengan menyediakan tanah untuk didirikan kilang ini di Gebeng. Lesen dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn) dan tanah disediakan oleh kerajaan negeri Pahang (Umno/Bn).

Seperti juga isu di Pasir Gudang, kilang-kilang haram yang merata tumbuh di situ wujud sejak zaman Umno/Bn mentadbir Johor, namun kesannya dirasai sekarang apabila Johor ditadbir oleh PH. Mahu tidak mahu, atas tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan negeri sekarang wajib gempur kilang-kilang haram ini. Tugas ini turut dibantu oleh kerajaan Pusat kerana isu pencemaran di Pasir Gudang ini telah menjadi isu besar melibatkan campurtangan kerajaan Pusat.

Berbeza dengan Lynas. Kilang ini bukan kilang haram. Lynas beroperasi atas lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn). Apabila PH mengambil alih Putrajaya, tidak semudah itu untuk menghentikan operasi kilang berkenaan *kecuali* dengan kesedaran politik yang jitu. PH sebagai parti politik yang memerintah mesti ada kesedaran dan tanggungjawab ini kerana janji kita untuk menghalang Lynas dari beroperasi adalah di antara janji kita kepada rakyat khususnya di Kuantan, meskipun tidak tercatat di dalam manifesto PH pada PRU14 yang lalu.

Saya telah membaca kenyataan MP Kuantan, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh dari Tanah Suci Mekah yang telah menerangkan tentang panjang lebar tentang isu ini agar Kabinet lebih waras dan bertimbangrasa di dalam mengkaji semula kewujudan Kilang Lynas ini. Saya 'salute' kenyataan berani MP Kuantan, walaupun berstatus Timbalan Menteri yang dilantik oleh Tun M, namun beliau konsisten dengan perjuangannya. Begitu juga, kesemua Adun PH di negeri Pahang konsisten menolak kewujudan Lynas di negeri ini. Begitu kuat dan teguh pendirian kami di Pahang ini.

Saya tidak pelik sekiranya Tun M atau beberapa menteri terutamanya dari Bersatu yang tidak peka dan prihatin dengan isu Lynas ini kerana mereka tidak berada bersama kita sewaktu kita berjuang menentang Lynas sehingga sampai ke tahap sukarelawan kita berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen hanya untuk menyatakan bahawa Kuantan khususnya dan negara ini amnya tidak perlu mengambil risiko hanya untuk memberi kesenangan kepada pihak lain. Risikonya mungkin bukan sekarang. Kejadian di Pasir Gudang pun mengambil masa puluhan tahun untuk kita terima bahananya.

Sehubungan itu, kami merayu kepada pimpinan PH terutamanya yang bersama kami dahulu bersusah payah menentang Lynas agar jangan sia-siakan peluh keringat, darah dan sakit yang ditanggung oleh para sukarelawan penentang Lynas terdahulu. Kesakitan yang mereka tanggung dahulu tidak pernah mereka tuntut dengan wang ringgit atau habuan jawatan setelah kita menjadi kerajaan. Mereka hanya mahu kerajaan sekarang kenang mereka dan hadiahkan kepada mereka kemenangan.

Jangan istihar kemenangan kerajaan dahulu yang berjaya wujudkan kilang Lynas tetapi kita persendakan perjuangan sukarelawan yang dulu kita sambut mereka sebagai wira di Parlimen.

Terbaru, mereka mahu YB Fuziah buktikan kebenaran apa yang beliau tegaskan selama ini. Bukti apa lagi? Kita tahu, YB Fuziah sekarang berada di Tanah Suci. Mungkin bukan masanya untuk beliau melayani permintaan yang sama seperti kerajaan Umno/Bn pernah minta dahulu. Beliau hanya mampu berdoa di hadapan Baitullah agar rakyat terutamanya rakyat Kuantan dijauhi malapetaka. Apa pula bukti di pihak kamu yang menyatakan Lynas itu satu projek yang tiada risiko jangkamasa panjang dan dapat beri keuntungan besar kepada rakyat? Boleh beritahu kami ?

Seandainya Tun M sebagai PM yang kita sama-sama angkat tidak mampu berbuat apa-apa, ianya amat malang bagi kita dan satu penghinaan buat usaha kita selana ini. Namun, ianya tidak akan terhenti begitu saja dan tetap akan diperjuangkan walaupun ketika itu Anwar menjadi PM.

HENTIKAN LYNAS, TOLAK PENCEMARAN

SIAPA PENGHASUT SEBENARNYA? MENGAPA PAS TAK KECAM MCA?

 


Ini kiriman orang ramai yg meminta terjemahan. Kain rentang kain rentang seperti ini sedang dipasang oleh MCA di seluruh negara. Saya terjemahkan supaya org ramai faham.

KAIN RENTANG ATAS KIRI:

"Bagitau dia (Liew Chin Tong), masyarakat Cina bukan masyarakat bodoh."
-> Ertinya MCA sedang menghasut orang Cina utk bangkit hentam DAP sebab DAP setuju pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG KANAN ATAS:

"Timbalan Menteri Pendidikan umum seni khat akan terus dilaksanakan. Cun tak cun?"
-> Ertinya MCA sedang guna perang psikologi utk memomok masyarakat Cina bahawa DAP sedang menzalimi masyarakat Cina dengan pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG BAWAH:

"Perubahan pendidikan masyarakat Cina bermula di sini (oleh sebab seni khat), oleh Teo Nie Ching"
-> Ertinya MCA sedang menakut-nakutkan masyarakat Cina bahawa sistem pendidikan masyarakat Cina sedang dicabul akibat persetujuan DAP melaksanakan seni khat dlm silibus pendidikan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak hasutan2 MCA ini?
Nampak tak betapa teruk DAP & PH ditibai sebab setuju dengan seni khat?

Sudah terang lagi bersuluh DAP antara yg setuju & berusaha laksanakan seni khat (sbb itu ditibai MCA), tapi tetiba DAP dituduh oleh UMNO PAS menolak seni khat anti Islam bagai. Pembangkang dah bangang level berapa nih?

Nota kaki: Kalau jumpa poster ke kain rentang yg tidak faham, blh je PM admin. Admin bantu terjemahkan supaya org ramai blh nampak betapa jijiknya politik yg dimainkan MCA & UMNO.

C@P

Selasa, 6 Ogos 2019

JANGAN MUDAH LUPA, SHAH ALAM MENJADI SAKSI

Sesiapa yg hadir di dewan di Shah Alam.ketika itu, pasti tidak akan lupa peristiwa bersejarah ini. Ini yg PH janjikan sekiranya PH membentuk kerajaan, iaitu;

1. Tun M ditabalkan sebagai PM (Telah ditunaikan).

2. Dr Wan Azizah dilantik sebagai TPM (Telah ditunaikan).

3. Mendapatkan pengampunan diraja untuk pembebasan DSAI (Telah ditunaikan).

4. Mengangkat DSAI sebagai PM ke 8 (Belum ditunaikan).

Mengapa Azmin dan Zuraidah menyokong gesaan Pembangkang agar Tun M terus menjadi PM sehingga habis penggal, sedangkan Tun M sendiri tidak pernah berfikir sampai ke tahap itu kerana Tun M sedar atas sebab apa Anwar perlu dibebaskan.

Mungkin kepada Azmin, daripada aku tidak dapat, biar semua tidak dapat. Rakyat sedar satu-satunya kerajaan yang tidak pernah iktiraf PH sebelum PRU14 dahulu adalah Selangor di mana Azmin adalah MB Selangor ketika itu. Zuraida pula adalah pimpinan yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak senangnya apabila nama Tun M dipersetujui oleh Keadilan untuk diangkat menjadi PM. Apabila dilantik sebagai menteri, pemikirannya terhadap Tun M jauh berubah.

Mengapa begitu sukar sekali untuk kedua tokoh ini menerima Anwar sebagai PM? Apa yang mereka mahu sebenarnya? Apa lagi yang tidak cukup dari hasil kamu berdua berada atas nama Keadilan dan atas nama Anwar? 
 
 https://www.facebook.com/wfauzdin.ns/videos/10219299393457650/

ULASAN DARI SEORANG PEGUAM TERKENAL TENTANG KES VIDEO SEMBURIT

ULASAN DARI SEORANG PEGUAM TERKENAL TENTANG KES VIDEO SEMBURIT

Point nya adalah:

1. Video disahkan tulen, tetapi KPN menyatakan bahawa si "A" individu yg dikatakan terlibat di dalam video tersebut gagal dikenalpasti (negatif), ini bukan bermakna Polis mengesahkan si "A" tidak terlibat tetapi ujian menyatakan tidak dikenalpasti sesiapa di dalam video berkenaan. Maka, biarkan polis terus menyiasat video berkenaan.

2. Samada ianya konspirasi politik atau tidak, sekiranya dikenalpasti si pelakunya melakukan perbuatan yang menyalahi undang2 itu, tidak kra setinggi mana pun jawatannya, maka wajib dikenakan tindakan undang2 kerana ini merupakan kes jenayah.

3. Bukti ujian ketulenan video yang dibuat oleh pihak lain, samada di Indonesia atau mana2 tempat, tidak memaksa pihak Polis menggunapakai hasil ujian berkenaan kerana pihak Polis boleh menggunakan kaedah mereka dan ujian mereka tersendiri bagi menyiasat kes video ini. Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, sidituduh dan pendakwa boleh membawa apa jua hasil ujian terhadap video berkenaan untuk memperkuatkan keterangan dan hujah masing2.

4. Haziq mengaku dia terlibat di dalam video berkenaan dan beliau menuduh Azmin juga bersamanya. Manakala Azmin menafikannya dan menuduh itu satu konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Untuk berlaku adil, pihak Polis hendaklah menyiasat kedua2 aduan ini iaitu kes melakukan hubungan terlarang itu (yang didakwa oleh Haziq), dan kes "konspirasi politik jahat" (yang didakwa oleh Azmin). Apakah kejadian itu benar2 berlaku atau adakah ianya berlaku tetapi bukan melibatkan si "A" yang dituduh oleh Haziq?

5. Apa pun, mereka yang mengedar video lucah itu tetap bersalah dari segi undang2, namun mereka mungkin boleh membela diri untuk menyatakan bahawa mereka mengedar video berkenaan adalah untuk mendedahkan keburukan perangai seseorang yang mereka anggap pemimpin yang tidak sepatutnya didiamkan perbuatan jijik mereka. Hanya mahkamah boleh menentukan alasan mereka yang dituduh mengedar itu boleh diterima atau tidak.

Kesimpulannya, kita harap siasatan telus oleh pihak berkuasa dapat dijalankan dan diselesaikan secepat mungkin demi keadilan kepada semua dan demi imej kerajaan kita.

Tontonnya di  https://www.youtube.com/watch?v=it-1jz8TWQM&feature=share

Isnin, 5 Ogos 2019

SIAPA MATIKAN TULISAN JAWI DULU? UMNO ATAU DAP ?

Yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno. Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah2 itu adalah kerajaan PH. Umno yg gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan sekutu Pas. Meskipun ada segelintir pmimpin Dap tidak setuju dgn tulisan khat Jawi di sekolah, paling kuat mereka tidak setuju saja dan mereka ada hujah mengapa tidak setuju, tetapi mereka tidak mematikan tulisan jawi. Yang mematikan tulisan jawi itu adalah Umno. Umno itu kawan Pas sekarang yang menyalak marah kat Dap.

Syabas, kerajaan PH yg terus berusaha untuk perkenalkan semula tulisan Jawi. Nak harapkan Umno? RUU Akta 355 pun mereka kencing pak lebai.....